~~Dia meletakkan Allah & Rasul Nya sebagai kekasih agung dalam hatinya,
2) Ibunya
3) Ayahnya & seterusnya.. isterinya & anak2nya ~~
~~Dia tidak lelah mengatakan kebenaran dan tidak lena dibuai pujian ~~
~~ Hatinya keras dan berani menentang kebathilan,dan lembut mesra kepada kebaikan.~~
~~ Dia menundukkan pandangan matanya, bukan kerana sombong dan bongkak,bahkan kerana hanya mahu memandang pada yang isterinya yang sah ~~
~~ Solat wajibnya terjaga,dihiasi dengan bunga-bunga solat sunat,dan diwangi dengan puasa
~~ Matanya menangis pada malam hari,tangannya menggeletar dan tubuhnya bergetar,bahkan hatinya meraung-raung dihadapan pencipta Nya.Masa terluangnya dihabiskan dgn memohon & b'doa diatas sejadah ,kepada kekasih paling agung:Penciptanya~~
~~ Aqidahnya kukuh,imannya utuh,ibadahnya dijaga,bahkan akhlaknya mempesona.Tidak mudah menghakimi.Bahkan yang pertama tampil di medan jihad~~
~~ Lelaki acuan Al Quran,yang punyai isteri yang akan berkata:”wahai suamiku,sanggupkah kau menjadikanku kekasih terakhirmu ,selepas kau letakkan Allah dan Rasulnya di tangga terulung??”
~~Dia tidak lepas melakukan kesilapan,tetapi kesilapan itu pasti ditangisi dengan sesalan dan taubat nasuha ~~
~~ Dia tidak lari dari sahabat yang jahil.Bahkan bila ditanya,lalu dijawab:”kalau kalian lari,apa akan kita jawab kiranya Allah nanti bertanyakan:dimana tanggungjawab mu kepada sahabat mu?”~~
~~ Jom sama2 kita ~~ Amin Insya Allah
0 000:
Catat Ulasan