Subscribe:

Wanita Ciptaan Istimewa



Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, 
sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal  pertengahannya.

Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. 
Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. 
Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya. 

Kata-Kata Hikmat


1."Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah

2."Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ 
    Hamba Allah

3."Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan  
    penderitaan."

4."Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

5."Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

6. "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah  
     mengalah."

7."Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

8."Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

9."Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

10."Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus 
     kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

11."Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

12."Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya   
      terlebih dahulu." ~ Aflatun

13."Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

14."Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan 
     ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan 
     menentukan kebahagiaan."


15."Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."


16."Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat 
      difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."

17."Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan 
      apa yang ia mahu dengan secara ringkas."

18."Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan 
      masalah yg paling berkesan."

19."Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah 
     orang yang menganiaya orang bawahannya."

20."Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas 
      daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

21."Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka 
      keaibannya."

22."Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan 
      langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan 
      sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

23."Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu 
     dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

24."Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak 
      pada wajah dan pakaiannya."

25."Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat 
     dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin

26."Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang 
      sangat curang untuk kemerdekaan." ~ Andre Colin

27."Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai 
      suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno

28."Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~ Hukama

29."Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang 
      yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius

30."Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk 
       negara." ~ Abraham Lincoln

31."Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein

32. "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah 
       perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, 
       itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche

32."Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah."

33."Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi 
      peluang."

34."Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara 
      utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan  
      kenyataan."

35."Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya." ~ Marcus Aurelius

36."Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk 
      dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya." ~ Stahl P.J

37."Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan 
      teladan."

38."Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun."

39."Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama 
      seperti mana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis 
      puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia 
      akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah 
      melakukan kerjanya dengan baik sekali."

40."Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan 
      perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan 
      perhatian ke arah mencapai matlamatnya."

41."Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia." ~ Richard Brinsley 
      Sheridan

42."Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi."
      ~ Confucius

43."Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di 
      air."

44."Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan."

45."Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu." ~ Pepatah Arab

46."Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze

47."Awal mula pohon ialah benih.."

48."Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di 
      lautan."

49."Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat."

50."Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh 
     mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

51."Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau 
      membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu."

52."Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."

53."Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri."

54."Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya   
      namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak 
      menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada 
      mencuba untuk menukar dirinya sendiri."

55."Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya 
      semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."

56."Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai 
      batu lonjatan."

57."Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

58."Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, 
      memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin 
      Marwan

59."Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan 
      apa yang kita usahakan."

60."Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini 
      kita akan berada di sini."

61."Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, 
      dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

62."Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

63."Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina 
      kembali apa yang telah hilang dan pergi."

64."Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda 
       menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda." ~ Ray Kroc (Pengasas 
       McDonalds)

65."Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan 
       yg mudah." ~ T.S Matthews

66."Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering 
      gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang 
      dikecapi."

67."Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil
      manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya."

68."Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering
      tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."

69."Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah
      dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

70."Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan
      memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."

71."Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh
       benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya."

72."Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah."

73."Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian."

74."Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar."

75."Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama."

76."Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika
      lurus lidahnya."

77."Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya." ~ Khong Hu Cu

78."Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan
       bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."

79."Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

80."Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya."


81."Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar."

82."Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus
      meskipun dalam keadaan putus asa."

83."Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam
      didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di
      lautan hidup ini."

84."Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya."

85."Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan
      tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik
      Marwan

86."Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh
      menghentikannya." ~ Voltaire

87."Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi
      pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita."

88."Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya
      dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan
      mana yang salah."

89."Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita,
      kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea
      kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

90."Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata
      yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang
      tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-
      banyaknya."

91."Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari
      jawapan-jawapannya." ~ Voltaire

92."Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang
      dilakukan."

93."Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang." ~ Anonim

94."Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan
      kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya
      berbuat jahat." ~ Pepatah Arab

95."Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu,
       tetapi tidak memahami sesuatu."

96."Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar."

97."Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela." ~
      Napoleon Bonaparte

98."Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana
      rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

99."Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa
      kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."

100."Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang
        pastikan mendatang."

101."Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi."

102."Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber
        hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk
        berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu
        pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
        dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

103."Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang." ~ Samuel Johnson

104."Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh."

105."Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi
        rintangan demi rintangan dalam hidup."

106."Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali."

107."Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan
        sepuas-puas yang kamu inginkan." ~ Abdullah Mansur M.H

108."Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih
        itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian."

109."Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh
        menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."

110."Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan
        berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."

111."Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya."

112."Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.."

113."Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya
        wujud tapi amat sukar dilihat."

114."Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba
        untuk menyelesaikannya."

115."Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal
        peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling
        indah tentunya KHUSYUK."

116."Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu." ~ Whittier

117."Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali."

118."Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."

119."Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

120."Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam
        kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."

121."Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau
        kemahiran." ~ Flower A. Newhouse

122."Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa."

123."Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan
        optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."

124."Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan
        ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."

125."Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."

126."Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah
        rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
        Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan
        dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah
        jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
        Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk
        bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

127."Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya."

128."Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya."

129."Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.."

130."Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya."

131."Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga."

132."Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang." ~ William J. Siegel

133."Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak
        mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."

134."Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha
        menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya."

135."Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.."

136."Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah
        laku anda."

137."Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita
        berhadapan dengan kecemasan."

138."Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri."

139."Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib."

140."Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil."

141."Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia."

142."Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran." ~ Horatius

143."Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan." ~ Mognon Me
        Lauhlin

144."Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.."

145."Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda
        akan cari alasan." ~ Peribahasa Arab

146."Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong."

147."Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka." ~ Charles Cahier

148."Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya."

149."Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang
        berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah,
        kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri." ~ Said Mustafa

150."Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.."

151."Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan
        menghasil kecemerlangan."

152."Menyimpang seinci, rugi seribu batu." ~ Peribahasa Cina

153."Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka
        mengambil tahu walaupun satu perkara."

154."Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki
        tangga tersebut."

155."Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh
        dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh."

156."Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan
        melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya." ~ John Petitsenn

157."Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti
        menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
        kekalkan usaha hingga ke akhir hayat." ~ Joseph Conrad

158."Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi
        adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus."

159."Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan."

160."Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala
        orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan
        kemundurannya."

161."Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket."

162."Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri."

163."Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang
        akan sampai."

164."Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi
        dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan."

165."Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan,
        berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan."

166."Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir."

167."Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa
        yang telah kita buat."

168."Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda
        setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar." ~ Barbara Hall

169."Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran
        kepada mereka yang menentang." ~ Whitney W Young

170."Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi
        masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad

171."Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit." ~ Allen Tate

172."Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu
        gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah
        rumput di bumi."

173."Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati
        dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus
        perubahan kedewasaan."

174."Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri."

175."Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA."

176."Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat
        kebaikan."

177."Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka."

178."Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai."

179."Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya."

180."Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu."

181."Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki
        tangga tersebut."

182."Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam."

183."Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar."

184."Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana."

185."Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan
        kepada pihak lain."

186."Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya
        dari hari ke hari."

187."Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan."

188."Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "

Penemuan Air Penawar Yang Menakjubkan



Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.

Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :

"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Tambahan

Bukan setakat air sahaja yang memahami serta ingin menghayati ayat ayat suci Al Quran, malah segala makhluk yang tidak berakal memerlukan demikian juga. Sedarilah kalau di suatu taman yang penduduknya hampir kesemuanya berugama Islam; air, tumbuhan tumbuhan, batu, binatang binatang dan lain lainnya ternanti nanti dari umat Islam untuk mengalunkan Al Quran, sambil makhluk makhluk tersebut bersama sama berzikir menyebut nama Allah swt serta memohon ampun bagi orang yang membacanya.

Diakhir akhir zaman ini, yang menyedihkan kerana jarang sekali Al Quran dibaca, kalau ada pun ketika Imam membacanya ketika solat.Cuba fikirkan betapa hampa serta sedihnya makhluk makhluk ini kerana tidak dapat mengdengar Al Quran dari mereka yang mengaku orang Islam; dan kita tidak merasa malukah pada makhluk makhluk tersebut, sedangkan Allah swt telah menjadikan kita dalam bentuk yang lebih sempurna jika dibandingkan dengan batu, kayu dan sebagainya.

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman



01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan cemburu dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong setelah memperoleh kejayaan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur kerana kezaliman;

14. Jangan goyah kerana fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti hati ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak-anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan solat malam;

26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

 30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;

33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

42. Berlakulah adil dalam segala urusan;

43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

46. Perbanyak silaturrahim;

47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

48. Bicaralah secukupnya;

49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

55. Hormatilah kepada guru dan ulama;

56. Sering-sering berselawat kepada Nabi SAW;

57. Cintailah keluarga Nabi SAW;

58. Jangan terlalu banyak berhutang;

59. Jangan terlampau mudah berjanji;

60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia
adalah kehidupan sementara;

61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bersembang perkara yang tidak berguna;

62. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

67. Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan pendiriannya;

68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan;

70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;

71. Jangan melukai hati orang lain;

72. Jangan membiasakan berkata dusta;

73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;

77. Jangan membuka aib orang lain;

78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;

79. Ambilah pelajaran dari pengalaman dari orang-orang arif dan bijaksana;

80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

81. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;

82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;

83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
 
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

86. Hargai prestasi dan pemberian orang;

87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;

88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;

90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;

91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
 
94. Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang besangkutan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

96. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
 
97. Jangan mempromosi diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
 
98. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap  kejahatan akan melahirkan kerosakan; dan
 
100. Jangan gembira di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan  memiskinkan orang;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...