Subscribe:

5 Noda Hati Yang Perlu Dielakkan




Bak kotoran yang menempel di wajah, ada beberapa noda hati yang harus dibersihkan daripada wajah hati kita. Perlu dibersihkan segala noda itu daripada terus menebal di hati agar hati selalu tenang. Dengan hati yang tenang wajah juga pasti akan nampak awet muda dan berseri-seri
1. Noda  Buruk Sangka
 Tepislah noda ini seawal mungkin. Jangan sesekali dibiarkan noda ini terus menebal di hati kerana noda ini akan meninggalkan bekas yang susah sekali untuk dihilangkan apabila ia semakin berkarat di hati. Basmi noda ini dengan sikap saling percaya dan menerima. Saling percaya akan mengasuh hati supaya tidak mudah berfikir negatif terhadap teman atau rakan dakwah
Apabila noda ini dapat dibersihkan daripada dasar hati, kita akan menjadi seorang yang tidak mudah menjatuhkan hukuman dan menilai secara sesuka hati terhadap orang lain yang tidak sependapat dengan kita. Sebaliknya, kita akan menjadi seseorang yang lebih mengutamakan baik sangka kerana menyedari betapa selama dia menjadi seorang muslim maka dia adalah saudara.

2. Noda Cinta Dunia & Panjang Angan-Angan
Hapuskanlah noda ini dengan menyedarkan diri akan takutnya kematian yang mungkin datang secara tiba-tiba. Kecintaan kepada hidup didunia akan menggiring kita kepada keterlenaan dan ketidakwaspadaan. Diri akan terjerat dalam sangkar alpa yang merasakan seakan hidup kita di dunia ini tidak akan bernoktah.
Kerana alpa, kita melalui dan menganggap hidup hanya masalah senang-senang sahaja, tanpa pernah tahu bagaimana cara memaknakan dengan lebih berharga. Hidup sarat dengan memupuk angan-angan setinggi gunung yang menjulang. Seolah tidak pernah ada  kata mati. Hidup dan terus hidup. Senang dan bahagia selalu tanpa ada kesedaran bahawa akan tiba masanya jiwa direnggut dari raga. Tidak pernah terfikir membuat persiapan menghadapi saat roh terpisah dari jasad.

3. Noda Bangga Diri
Bersihkan wajah hati daripada noda ini dengan mengingati betapa segala yang kita miliki adalah kurnia Allah SWT dan rasa takut terhadap bahaya yang menimpa sesudahnya. Yakinlah diri takut terhadap bahaya yang menimpa sesudahnya. Yakinlah diri bahawa segala yang kita banggakan hanyalah pinjaman daripada Allah. Ia bukan mutlak milik kita, tetapi hanyalah pinjaman.
kurniaan yang diberikan kepada kita jangan kemudian menyebabkan kita menjadi sombong, tetapi seharusnya membuat kita sentiasa bersyukur atas kelebihan yang dimiliki.
Sedarkan hati bahawa akan ada bahaya yang akan menimpa kerana kesombongan hati. Didik hati dengan seikhlas rasa agar tidak mengarah kepada kesombongan yang boleh membawa kepada kehancuran. Kuatkan kesedaran itu, agar hati selalu tenang. Tidak mudah berbangga diri dan merasa lebih tinggi daripada orang lain. Hindari daripada kesombongan , riak dan takkabur yang boleh menjerumuskan diri ke alam kemurkaan Allah SWT.

4.Noda Meremehkan & Kurang Menghargai Orang Lain
Sikap ini sangat penting untuk dibersihkan daripada hati kita. Kebiasaan masyarakat umum seringkali memandang manusia berdasarkan pakaian yang dipakai, pendidikan, kelulusan akademik yang dimilikinya dan perhiasan mewah yang menghiasi tubuh.
Noda ini akan menjadikan seseorang itu sering lupa diri sehingga bertemu dengan orang yang sederhana, tidak terlalu menyerlah penampilannya, mereka akan cenderung untuk memandang rendah.
Sekarang cuba tanya diri sendiri, mana yang lebih kita pandang. Orang yang mempunyai ijazah atau hanya pelajar lepasan sekolah pondok? Cuba jawab dengan jujur
Kita akan mengetahui jawapannya, apakah kita sedang terkena noda ini atau tidak. Tepislah noda ini dengan mengenali hak dan kehormatan mereka. Siapapun dia, dia berhak mendapatkan penghormatan yang selayaknya, juga diperlakukan sama dengan orang lain.
.
5. Noda Dengki
Noda ini memang sangan menular dalam kalangan golongan remaja. Terutamanya apabila melihat kawan-kawan mereka mendapat kebahagiaan dan sesuatu kelebihan, mereka akan merasa iri hati dan dengki dengan kenikmatan itu.
 “Kenapa bukan saya? Kenapa dia?”
Bersihkan noda ini dengan sikap rela dan menerima pemberian Allah SWT. Syukuri dan relakan apa yang sudah dikurniakan Allah SWT, sebagai nikmat terindah. Yakinlah bahawa apa yang dimiliki sekarang adalah apa yang sesuai dengan diri kita saat ini.


Sumber : http://akuislam.com/blog/renungan/elakkan-noda-hati/#ixzz258Kwq68S

Sedarlah Wahai Wanita


Nature, wallpapers, paisajes, nublado, resolucion, sky, white, clouds

Hidup kita ini bukan siri telenovela, bukan juga siri sinetron atau sebagainya, yang berkisar kepada kisah yang melulu dalam mencari mencari pasangan hidup, perebutan pasangan dan mengenai kekasih gelap.
Kehidupan kita bukan kehidupan yang semacam itu. Nafas seorang mukmin adalah sebuah amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar. Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja.
Jangan bermain dengan perasaan orang, apatah lagi jika orang itu adalah orang dekat dengan kita. Jangan memberi harapan bila memang harapan itu tidak pernah ada. Jangan memberi janji bila kita masih belum sedia untuk menunaikannya.
Bersikaplah biasa dan sederhana, serta singkap kelemahan kita. Kelemahan dalam penjagaan akhlak, kelemahan dalam menjaga hijab.
Hijab yang longgar memudahkan mata yang seharusnya jinak, tiba – tiba melawan. “Aku ingin melihatnya,wajah cantik disebalik tudungnya”
Dari sesi inilah semuanya bermula. Kalau kita cepat sedar, pandangan itu mungkin tidak akan berlanjutan lama. Ia akan menghendap dan hanya berhenti pada perasaan sekadar suka. Namun bila syaitan lebih bijak mengipas-ngipas perasaan, siri lanjutan perasaan tentu sangat kalut dan mengharukan.
Hati diajar berkali-kali oleh rasa sayang yang tidak terubat. Bagaimana kalau kita simpan sahaja semua itu? Kemudian kembali kepada Allah dalam niat yang tulus, bahawa hanya kita mencintai atas nama Allah. Berharap bila jatuh hati, maka hati inilah yang digerakkan Allah. Bukan kerana diri yang nekad melampaui batas, bukan juga kerana kebosanan yang berbalut ketidaksengajaan dan kepura-puraan.
.
Kerana Seorang Lelaki
Mungkin kah lelaki adalah dugaan bagi hidup seorang perempuan?
kerana lelaki, tudung ditanggalkan
kerana lelaki, usrah dijauhi
kerana lelaki, ibu bapa ditinggalkan
kerana lelaki, terlanjur menggadai maruah diri
Kenapa wanita selalu tewas kepada lelaki? Apakah wanita terlalu bodoh sehingga selalu menjadi mangsa kepada lelaki?  Tidak. Wanita tidak bodoh. Buktinya, tidak perlu diperjelaskan, lihat sahaja dipusat pengajian tinggi IPTA & IPTS.
Cuma sebenarnya, kita lemah.
Ya, lemah. Secara umumnya, wanita disifatkan oleh Allah dengan hati dan jiwa yang lembut. Kerana hati yang lemah itu, perempuan mudah ‘jatuh cinta’ dengan hanya kata-kata dan gerak geri seorang lelaki. Fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian. Lelaki walau muka buruk macam mana pun, kalau mulut manis, Neelofa pun dia boleh dapat - itu kenyataan.
Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian.
Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki.
Oleh itu, wanita perlu lebih berhati-hati dengan kata – kata daripada lelaki. Jangan mudah menyerah dengan hanya sedikit pujian. Nilailah kata – kata seseorang lelaki itu berdasarkan mata hati, bukan mempercayai membuta tuli. Nilailahkan secara matang. Saya tahu ujian cinta itu berat.
Inilah sebuah kebingungan hati. Disaat kecerdasan akal kita diuji, mampukah kita untuk tetap bijak memilih keputusan disaat perasaan dibuai oleh dahsyatnya pesona cinta seorang lelaki? Mampukah kita untuk berdiri segagah perwira saat terkena rayuan maut? Tidak ramai yang mampu menjawab secara yakin.
Mohonlah kepada Allah agar hati kita dikuatkan untuk menghadapi dugaan – dugaan sebegini.Tidak memikirkan kekasih hati. Tidak hanyut dalam perasaan hati dan kegelisahan jiwa, tetapi tenang dalam mengambil keputusan.


Sumber : http://akuislam.com/blog/renungan/hidup-ini-bukan-telenovela/#ixzz258COq3Nr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...