Pages

Subscribe:

Mengapa Islam Melarang "COUPLING"




Remaja hari ini mudah benar terjebak dalam ‘coupling’. Ntah apa yang best sangat bercouple, saya sendiri tidak mengerti. Kerana pada saya, pasangan yang bercouple hanya memburu tuntutan nafsu yang melalaikan & mengundang murka Allah. Sungguh tertipu mereka yang kononnya ‘gembira’ dan berasa ‘cukup’ bila dah bercouple. Sungguh sadis!!

Seorang sahabat pernah bertanya “Kenapa Islam tak membenarkan coupling?”

Saya menjawab, “Kerana Islam menjaga kehormatan seorang insan yang bernama wanita.”

Saya menjelaskan lagi, “Cuba fikir, kalau seorang perempuan itu keluar dengan seorang lelaki, jatuh cinta pada lelaki itu, sanggup ke mana saja bersama lelaki itu malah memanggilnya dengan panggilan ‘sayang’..dan lebih dahsyat lagi andai tanpa segan silu berpegang tangan & bersentuhan dengannya..andai suatu hari hubungan terputus begitu saja..dimanakah maruah seorang wanita itu?”

“Tapi perempuan tu masih dara” jawab sahabat saya.

“Iye memang betul dia masih dara. Tapi apa istimewanya suami dia nanti? Suaminya bukanlah lelaki pertama yang menyentuhnya tetapi perempuan ini dah menjadi ‘bekas’ orang. Perempuan itu bukan lagi ibarat mutiara dilautan yang sangat berharga kerana lelaki lain boleh suka hati menyentuhnya. Lelaki lain juga mendapat panggilan ‘sayang’ daripadanya. Maka dimana status suaminya kelak?”

Saya menyambung lagi, “Fikirkanlah sahabatku. Andai kita boleh dibawa kemana sahaja oleh lelaki lain, maka dimanakah harga diri kita yang begitu tinggi nilainya? Tak ada apa lagi yang istimewa buat suami kita kelak andai diri kita sudah disentuh oleh lelaki lain, sudah dibawa keluar bersama lelaki lain.”

“Cuba bandingkan dengan perempuan yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki pun. Tidak pernah jua keluar bersama lelaki lain. Dia menjaga pandangannya, menjaga akhlaknya untuk dijadikan perhiasan buat suaminya kelak. Perempuan inilah mutiara yang sebenar. Mutiara yang tidak boleh dimiliki oleh sebarang orang tetapi hanya layak dimiliki oleh insan yang bernama suami.”

“Inilah yang saya maksudkan Islam menjaga kehormatan seorang insan yang bernama wanita. Kerana maruah seorang wanita begitu tinggi nilainya…yang dicipta Allah untuk hiasan suaminya sahaja!”

“Sahabatku, andai seorang wanita boleh suka hati keluar dengan mana-mana lelaki dan menyentuh mana-mana lelaki sebelum berkahwin, yakinkah anda perempuan itu tidak akan menyentuh lelaki lain, tidak akan keluar bersama lelaki lain selepas dah berkahwin? Begitu juga kalau seorang lelaki suka hati sentuh perempuan lain, apa istimewanya kita pada dia nanti?" Memang benar kata Allah “Sesungguhnya lelaki yang baik itu dicipta untuk perempuan yang baik.” Kita boleh tergolong dalam golongan itu andai kita berusaha untuk perbaiki diri. Sesungguhnya Allah itu maha Adil…Renung-renungkanlah…”

0 000:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...