Pages

Subscribe:

Sifat-Sifat Pakaian Wanita Islam




1. Pakaian itu mestilah menutup aurat


Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”


2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar


“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)


3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.


Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”


4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)


5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.


“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)


6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas :


“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)


7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik


8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.


Sumber: http://www.hanan.com.my/

4 Perihal Malaikat Yang Patut Diketahui




Perihal Malaikat Israfil 

Malaikat Israfil adalah salah satu di antara empat malaikat yang paling mulia dan bersaiz besar di sisi Allah SWT Ia ditugaskan untuk meniup sebanyak tiga kali tiupan sangkakala pada hari kiamat. Seperti malaikat-malaikat yang lain ia diperbuat dari Nur. Ia berbulu dari kepala hingga kedua telapak kakinya dan mempunyai banyak mulut dan lidah. Jika seluruh air di lautan dan sungai di dunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah.

Jumlah sayap malaikat Israfil itu ada empat. Sayapnya yang pertama panjangnya sampai ke barat, sayapnya yang kedua sampai ke timur, yang ketiga boleh menutupi seluruh badannya dan yang keempat menutupi kepalanya. Ia mempunyai seribu tentera malaikat yang serupa dengan kejadiannya.

At-Tabrani meriwayatkan dari Ibnu Abbas RA:"Sewaktu Rasulullah SAW bersama-sama dengan malaikat Jibrail tiba-tiba ufuk langit terpecah, maka menghadaplah satu lembaga malaikat tertunduk dan condong ke bumi. Berkata malaikat itu: "Hai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu agar memilih antara menjadi nabinya hamba atau jadi rajanya nabi".

Adapun "rajanya nabi" mengerjakan apa yang diwajibkan oleh Allah SWT kepadanya dan tidak melakukan apa yang diharamkan oleh Allah SWT kepadanya. Ia menjalankan pemerintahan atau kerajaannya dan membelanjakan harta negara terhadap hal-hal yang dicintai dan diredhai oleh Allah SWT. Mereka menghindari dari sesuatu yang menimbulkan dosa. Nabi yang menjadi raja adalah seperti nabi Sulaiman AS, nabi Daud AS dan lain-lain. Adapun "nabinya hamba" tidak memberikan sesuatu kepada seseorang kecuali dengan perintah Allah SWT. Ia tidak memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dan tidak menghalangi kepada sesiapa yang mengkehendakinya, dia hanya memberi dan menghalangi atas perintah Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: "Jibrail memberi isyarat kepadaku dengan tangannya agar merendah. Maka tahulah aku bahawa itu nasihat untukku, maka aku berkata, "hambanya nabi". Kemudian malaikat itu naik ke langit maka aku berkata, hai Jibrail, aku sungguh ingin bertanya hal ini kepadamu, tapi aku melihat halmu menyusahkan aku untuk mengemukakan pertanyaan itu. Siapakah itu wahai Jibrail? Jibrail menjawab, Itulah dia malaikat Israfil Allah menciptakannya pada hari kejadiannya di hadapannya dengan dua kakinya lurus bersaf, tidak pernah mengangkat hujungnya."

Ia tertutup di dalam beberapa lapisan dinding. Disebutkan bahawa jarak di antara malaikat Israfil dengan Arasy dilapisi dengan tujuh dinding yang mana satu dinding adalah sejauh lima ratus tahun perjalanan dan jarak malaikat Israfil dengan malaikat Jibrail kira kira tujuh puloh dinding. Imam Ahmad RAH. meriwayatkan dari Abu Said RA, Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang malaikat peniup sangkakala, dengan sabdanya: "Disebelah kirinya ada malaikat Jibrail dan disebelah kanannya ada malaikat Mikail"

Salah satu tiang Arasy berada di atas pundaknya. Menurut riwayat, Lauhil Mahfuzh itu bergantungan di bawah Arasy dan malaikat Israfil berada di hadapan Lauhil Mahfuzh tersebut. Adapun apabila setiap keputusan Allah SWT tercatit di Lauhil Mahfuzh, maka terbukalah dinding-dinding yang menghalanginya dan malaikat Israfil pun melihatnya. Apabila ia adalah tugas malaikat Jibrail, maka malaikat Israfil akan memerintahkan malaikat Jibrail untuk melaksanakanya, begitu juga apabila untuk tugasan-tugasan malaikat Mikail dan malaikat Izrail, ia akan memerintah mereka untuk melaksanakannya.

Malaikat Israfil sentiasa meletakkan terompet sangkakala di mulutnya. Disebutkan bahawa terompet malaikat Israfil itu bercabang empat. Satu cabang diarahkan ke barat, satu ke timur, satu ke bawah bumi dan satu diarah kan ke langit yang ke tujuh. Adapun lingkaran kepala terompet itu selebar langit dan bumi. Di dalamnya terdapat pintu-pintu sebanyak bilangan para arwah. Ada tujuh puloh rumah di dalamnya. Di antaranya rumah arwah para Nabi AS, arwah para manusia, para jin, syaitan, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda tentang terompet malaikat Israfil: "Terompet itu adalah sebuah tanduk raksaksa yang terdiri dari cahaya. Besar tiap lingkaran dalam tanduk itu selebar langit dan bumi. Terompet itu akan ditiup tiga kali. Tiupan pertama membuat makhluk takut, tiupan kedua membuat makhluk mati, tiupan ketiga untuk membangkitkan makhluk dari kubur".

Warna malaikat Israfil adalah kuning tua, sedangkan sebab musabab wajahnya menjadi kuning adalah kerana getaran rasa takut kepada Allah SWT yang selalu meliputi malaikat Israfil Sabda Rasulullah SAW: "Bagaimana manusia boleh merasa senang sedangkan malaikat peniup sangkakala telah bersiap sedia meniupnya dan menundukkan keningnya serta memasang telinganya siap menunggu perintah".


Perihal Malaikat Izrail 

Malaikat Izrail adalah salah satu di antara empat pembesar malaikat yang empat selain malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil Dikenali malaikat maut kerana ia ditugaskan untuk mencabut nyawa makhluk-makhluk Allah SWT Malaikat Izrail diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan yang serupa dengan malaikat Mikail baik wajahnya, saiznya, kekuatannya, lisannya dan sayapnya. Semuanya tidak kurang dan tidak lebih.

Dari kepala hingga kedua telapak kakinya berbulu Za'faran dan di setiap bulu ada satu juta muka dan setiap satu juta muka mempunyai satu juta mata dan satu juta mulut. Setiap mulut ada satu juta lidah, setiap lidah boleh berbicara satu juta bahasa. Jika seluruh air di lautan dan sungai di dunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah.

Disebutkan, ketika Allah SWT mencipta Al-Maut dan menyerahkan kepada malaikat Izrail, maka berkata malaikat Izrail: "wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?". Maka Allah SWT menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun.

Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka: "Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?" Kemudian Allah SWT berfirman: "Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih Agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu".

Kemudian Allah SWT berfirman: "Hai Izrail, ambillah Al-Maut itu, dan Aku telah menyerahkannya kepada mu". Maka malaikat Izrail pun berkata: "Ya Tuhanku, apa dayaku untuk mengambil nya sedangkan ia lebih agung dari ku". Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya.

Setelah itu Al-Maut berkata: "Ya Tuhanku, izinkanlah aku untuk berseru di dalam langit sekali sahaja". Maka, setelah diizinkan, berserulah ia dengan suara yang amat keras: "Aku ini adalah Al-Maut, tugasku sebagai pemisah orang yang saling mencintai. Aku adalah Al-Maut, tugasku memisahkan antara anak dan ibunya. Aku adalah Al-Maut, tugasku memisahkan saudara lelaki dan wanita. Aku adalah Al-Maut, tugasku menghancurkan bangunan rumah dan gedung-gedung, Aku adalah Al-Maut, tugasku meramaikan kuburan. Aku adalah Al-Maut, tugasku mencari dan mendatangi kamu semuanya, walaupun kamu berada dalam lapis benteng yang amat kuat. Dan tiada satupun makhluk yang tidak merasakan kepedihanku".

Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah SWT sehingga arah barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya sebagaimana keadaan seseorang yang sedang menghadapi sebuah meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai macam makanan yang siap untuk dimakan. Ia juga boleh membolak-balikkan dunia sebagaimana kemampuan seseorang boleh membolak-balikkan wang syilling.

Sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugasnya mencabut nyawa makhluk-makhluk dunia, ianya akan turun ke dunia bersama-sama dengan dua kumpulan malaikat iaitu malaikat Rahmat dan malaikat Azab.


Perihal Malaikat Mikail 

Malaikat Mikail adalah salah satu di antara pembesar malaikat yang empat. Ia dicipta oleh Allah SWT selepas malaikat Israfil dengan selisih kira-kira lima ratus tahun. Dari kepala malaikat Mikail hingga kedua telapak kakinya berbulu Za'faron. Jika seluruh air di lautan dan sungai di muka bumi ini disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah. Di atas setiap bulu-bulunya, terdapat sebanyak satu juta muka.

Setiap muka malaikat Mikail ini pula mempunyai satu juta mulut dan setiap mulut mempunyai satu juta lidah manakala setiap lidah-lidahnya boleh berbicara satu juta bahasa atau lisan. Setiap satu juta lisan tersebut adalah membaca istighfar pada Allah SWT bagi orang-orang mukmin yang berdosa.

Setiap satu juta muka atau wajahnya mempunyai satu juta mata. Tiap-tiap matanya sentiasa menangis kerana memohon rahmat bagi orang-orang mukmin yang berdosa. Tiap-tiap matanya yang menangis itu mengeluarkan tujuh ribu titisan air mata dan setiap titisan air mata itu Allah SWT ciptakan satu malaikat Karubiyyuun yang serupa dengan kejadian malaikat Mikail Setiap malaikat-malaikat ini ditugaskan untuk bertasbih pada Allah SWT sehingga hari kiamat.

Di samping bertasbih, para-malaikat Karubiyyuun ini juga berperanan sebagai pembantu bagi malaikat Mikail dalam menjalankan tugas menyelia angin, membahagikan rezeki pada manusia, tumbuh-tumbuhan juga haiwan-haiwan dan lain-lain di muka bumi ini. Dikatakan setiap satu makhluk yang memerlukan rezeki untuk hidup di dunia ini akan diselia rezekinya oleh satu malaikat Karubiyyuun.

Imam Ahmad rah. dengan sanadnya, dari Anas bin Malik RA, ketika Rasulullah SAW Mikraj ke langit baginda ada bertanya pada malaikat Jibrail: "Mengapa aku tidak pernah nampak malaikat Mikail tertawa?"

Malaikat Jibrail menjawab: "Malaikat Mikail tidak pernah tertawa semenjak neraka diciptakan"


Perihal Malaikat Jibrail 

Malaikat Jibrail adalah salah satu dari para malaikat yang cantik, besar, kuat dan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah SWT Ia ditugaskan sebagai penyampai wahyu kepada para rasul AS. Imam Ahmad RAH dengan sanadnya dari Ibn Mas'ud RA Rasulullah SAW bersabda: "Aku melihat Jibrail di Sidratul Muntaha, dia mempunyai 600 sayap".

Setelah Allah SWT mencipta Jibrail dengan bentuk yang cantik, Allah SWT mencipta pula baginya 600 sayap yang panjangnya antara timur dan barat. Dari sayapnya berjatuhan permata dan yakut yang berwarna warni. Di antara sayap-sayap itu, terdapat 2 sayap berwarna hijau seperti sayap burung merak. Setelah Jibrail memandang dirinya, ia berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik dari aku?". Allah SWT berfirman: "Tidak".

Kemudian Jibrail berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur pada Allah SWT, dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun. Setalah Jibrail selesai bersolat, Allah SWT pun berfirman: "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak seorangpun yang menyembah Aku seperti kamu. Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, nama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka mengerjakan solat 2 rakaat yang hanya sebentar sahaja, mereka dalam keadaan lupa dan serba kurang. Fikiran mereka melayang dan bermacam-macam dan dosa merekapun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai dari solat kamu kerana mereka mengerja solat atas perintahKu sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan pada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?" Lalu Allah SWT berfirman: "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal"

Malaikat Jibrail mampu terbang dalam keadaan yang sangat pantas. Seperti kalau ada orang bertanyakan sesuatu kemusykilan agama kepada Rasulullah SAW, belumpun selesai pertanyaan itu, malaikat Jibrail telah pun sampai dengan jawapan berupa wahyu dari Allah SWT padahal jarak antara setiap lapisan langit adalah sejauh 500 tahun perjalanan.

Di sebelah kanan sayap malaikat Jibrail terdapat gambar syurga beserta dengan isinya saperti bidadari, istana, pelayan dan sebagainya. Di sebelah kiri sayapnya terdapat gambar neraka dan segala isinya seperti ular, kala jengking, neraka yang bertingkat-tingkat, penjaganya yang terdiri dari malaikat yang garang iaitu malaikat Zabaniah dan sebagainya. Apabila sampai ajal seseorang yang beriman maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang sedang nazak itu dapat melihat kedudukannya di dalam syurga. Apabila sampai ajal seseorang yang seorang yang munafik maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kiri, maka orang yang sedang nazak itu akan melihat kedudukannya di dalam neraka.

Ketika Allah SWT memerintahkan malaikat Jibrail turun untuk memusnahkan kaum nabi Lut AS, dikatakan malaikat Jibrail mampu mengangkat kesemua 7 bandar yang didiami oleh 400,000 orang, haiwan, rumah serta bangunan dan kesemuanya hanya dengan menggunakan hujung satu sayapnya sahaja, lalu diangkat hingga ke permukaan langit, sehinggalah para malaikat yang berada di langit dapat mendengar bunyi kokokan ayam dan lolongan anjing yang turut berada dalam bandar-bandar tersebut. Kemudian malaikat Jibrail membalikkan bandar-bandar tersebut hingga menjadilah bahagian atasnya terlungkup ke bawah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jibrail sentiasa mengharap hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara :-

  1. Sembahyang lima waktu secara berjemaah
  2. Duduk bersama para ulamak
  3. Menziariahi orang sakit
  4. Menghantar jenazah
  5. Memberi air minum
  6. Mendamaikan di antara 2 orang yang bermusuh-musuhan
  7. Memuliakan jiran dan anak-anak yatim
maka bersungguh-sungguhlah kamu dalam perkara tersebut"

Wallahu'alam...


Sumber : http://misteriousgrapersz.blogspot.com/2012/01/perihal-4-malaikat-yang-harus-diketahui.html

Fakta Menarik Mengenai Kucing




Semua orang tahu apa itu kucing. Malah ramai juga di antara kita yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Karektor dan sifat kucing yang manja mennyebabkan ramai yang sukakan kucing, namun korang tahu tak tentang berberapa fakta menarik mengenai kucing? Berikut adalah fakta-fakta yang menarik mengenai kucing yang perlu korang tahu.

1. Kucing itu nokturnal – bermakna ia bersifat tidak berapa aktif pada waktu siang (mungkin banyak tidur) dan begitu aktif pada waktu malam.

2. Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.

3. Kucing itu karnivor – iaitu ia memakan daging sebagai sumber makanan utama.

4. Kucing punya bulu yang berfungsi mirip misainya di belakang kaki depan mereka.

5. Kucing punya 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia).

6. Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana memiliki theobromine).

7. Aspirin mematikan bagi kucing (hati kucing tidak mampu menghasilkan enzim untuk metabolisme aspirin).

8. Ada penyakit yang bernama jerawat kucing (feline acne).

9. Ada penyakit mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus).

10. Kucing persia adalah salah satu kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular.

11. Birman, kucing bermata biru ini dipercaya sebagai keturunan dari kucing kuil di Birma.

12. Kucing jenis Turkish Van amat menyukai air sampai digelar sebagai Turskish Swimming Cat. Beratnya boleh mencapai sehingga 9 kg.

13. Nada E pada oktav keempat boleh memaksa kucing muda membuang air besar dan kucing dewasa menjadi terangsang (Drs. Morin dan Bachrach).

14. Kucing boleh kembali lagi ke rumah meski dibuang beberapa kilometer dari rumah tanpa diberi kompas.

15. Kucing punya efek menenangkan (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil).

16. Kucing adalah pemburu yang oportunis (burung, tikus, serangga, kodok, manapun yang lebih mudah diburu).

17. Di zaman Mesir kuno, hukuman untuk membunuh kucing adalah hukuman mati.

18. Masih di zaman Mesir kuno, kalau ada kucing piaraan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur alis mereka sebagai tanda berduka.

19. Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orangutan.

20. Kucing punya lebih dari seratus macam suara.

21. Ada juga kucing yang kidal.

22. Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya.

23. Kucing boleh lari sampai hampir 50 km/jam.

24. Penglihatan kucing sekitar enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya.

25. Kucing hampir tidak mengiau kepada kucing yang lain kecuali waktu waktu khusus.

26. Kucing mandi (menjilati dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.

27. Kucing tidak berpeluh.

28. Kucing boleh mendengar suara tinggi sehingga frekuensi 65 kHz.

29. Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan per minit).

30. Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius.

31. Kucing jantan boleh mulai berketurunan setelah berumur antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan.

32. Julius Caesar dan Napoleon menderita ailurophobia (takut terhadap kucing).

33. Semua kucing lahir dengan mata biru.

34. Keluarga kucing adalah salah satu mamalia tertua.

35. Orang Mesir kuno percaya bahawa Bast adalah ibu dari semua kucing.

36. Kucing hitam pembawa sial adalah tahayul dari Amerika. Di Asia, kucing hitam sebaliknya dianggap pembawa keuntungan.

37. Kucing dengan pola bulu calico dan tortoise shell biasanya betina.

38. Kucing lebih senang kalau bermain dalam jumlah anggota genap.

39. Urine kucing bersinar dalam cahaya hitam.

40. Catnip disukai kucing kerana baunya mirip dengan bau betina dominan.

41. Kucing boleh mendermakan darahnya untuk kucing lain.

42. Golongan darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adalah AB.

43. Kucing memiliki kelopak mata ketiga yang disebut haw (BahasaInggeris).

44. Kucing punya lapisan bulu sejati di bawah bulunya.

45. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya.

46. Felix the Cat adalah karakter kucing kartun pertama yang dibuat menjadi belon parade.

47. Florence Nightingale memelihara lebih dari 60 ekor kucing selama hidupnya.

48. Pada tahun 1888, 300,000 mummy kucing dijumpai di Beni Hasan, Mesir, dijual $18.43/tan, dikirim ke England untuk digiling hancur dan dijadikan baja.

49. Berbanding dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata terbesar berbanding dengan setiap mamalia yang lain.

50. Henry I dari Sachsen memutuskan bahawa denda kerana membunuh kucing harus enam puluh gantang jagung.

51. Seekor kucing memiliki 230 tulang dalam tubuhnya manakala seorang manusia hanya memiliki 206 tulang.

52. Seekor kucing mempunyai empat baris kumis.

53. Seekor kucing boleh terburu-buru lari di sekitar tiga puluh satu batu per jam.

54. Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.

Dan akhirnya yang menariknya ialah, kalau pecinta kucing berkahwin dengan pecinta kucing lainnya, mereka akan bahagia selamanya. (betul ke???)

Fakta Mengkagumkan Tentang Islam




1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-"recover" oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian dan kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendiakawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

Wallahualam...

Tariq Bin Ziyad


Latar belakang
Tariq bin Ziyad berketurunan suku Barbar dari kabilah Nazafah di Afrika Utara. Beliau asalnya adalah pembantu kepada Musa bin Nusair, dengan berkhidmat hanya sebagai budak suruhan. Seorang pemuda yang bersemangat, pintar dan mempunyai kepimpinan.
Pengenalan
Sebelum kedatangan Islam ke Andalusia, Islam sudah pun bertapak di Afrika Utara yang berjaya diperluaskan kawasannya oleh Uqbah bin Naqi’ di bawah pemerintahan Muawiyyah. Ketika zaman pemerintahan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik, Musa bin Nusair telah dilantik menjadi wakil khalifah di Afrika Utara. Pada tempoh pemerintahan beliaulah kisah ini berlaku.
Kedatangan Islam ke Andalusia
Ketika rakyat Arika Utara hidup aman dan damai di bawah pemerintahan Kerajaan Islam, pada masa yang sama rakyat di Andalusia menderita di bawah cengkaman pemerintahan raja yang kejam iaitu Raja Roderick. Sikap Raja Roderick sendirilah yang menimbulkan dendam kepada banyak pihak termasuk salah seorang gabenornya iaitu Gabenor Julian. Julian, Gabenor wilayah Ceuta yang puterinya Florinda telah dinodai Roderick, raja berbangsa Gothic, sangat marah dengan sikap rajanya dan oleh kerana dendam yang membara ini, Julian sendiri berjumpa dengan Musa b.Nusair untuk membuat tawaran.
Dari sinilah bermulanya penaklukan Andalusia oleh orang-orang Islam apabila panglima Julian telah bekerjasama dengan Musa b.Nusair yang menjadi Gabenor di Afrika Utara untuk menakluki Andalusia. Julian sendiri telah menemui dan menghadap Musa b.Nusair untuk membuat tawaran dan meminta pertolongan tentera Islam bagi menentang Roderick di Andalus. Julian juga telah menawarkan pertolongan dalam usaha untuk menakluki Andalus dengan cara memberi segala kemudahan yang diperlukan oleh tentera Islam seperti kapal, jurupandu dan sebagainya .
Walaupun begitu Musa b.Nusair tidak terus menerima tawaran tersebut kerana khuatir Julian hanyalah pengintip yang membuat helah untuk memerangkap tentera Islam. Namun, setelah berbincang dan semua sebulat suara bersetuju untuk menerima tawaran itu, Musa bin Nusair telah melantik Tariq bin Ziyadsebagai ketua pasukan peninjau yang akan belayar ke Andalusia. Walaupun ada yang ragu-ragu dengan perlantikan Tariq sebagai ketua, namun Musa b.Nusair yakin dengan kemampuan Tariq yang asalnya adalah budak suruhannya sendiri.
Ketika Tariq mempersiapkan tentera-tenteranya untuk dibawa sebagai pasukan peninjau, Tariq telah meminta bantuan Julian untuk menyiapkan peta Andalusia untuk dikaji sebelum belayar ke sana. Setelah mengkaji peta Andalusia yang disiapkan Julian dalam tempoh 3 hari, Tariq bercadang untuk mendarat di suatu kawasan yang tidak berpenghuni sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan sebagai pasukan peninjau.
Jabal Tariq
Setelah belayar, menjelang subuh suatu hari Tariq bersama 12 000 orang tentera-tenteranya yang terbaik mendarat di bumi Andalusia. Sesampainya mereka di sana, Tariq bertanya mengenai nama tempat yang mereka duduki itu, namun Julian memberitahu tempat itu masih tidak bernama. Lalu Julian menamakan tempat itu sebagai Jabal Tariq bersempena dengan nama Tariq yang kini dikenali sebagai Gibraltar.
Setelah beberapa ketika berada di situ, Julian meminta izin daripada Tariq untuk pulang ke rumah bertemu dengan isterinya yang sudah lama ditinggalkan, Flora. Semua pembantu Tariq tidak bersetuju dengan permintaan Julian kerana dari awal lagi mereka curiga dengan tindak-tanduk Julian. Namun sikap Tariqyang sentiasa berbaik sangka tidak menghalang Julian untuk bertemu dengan isterinya. Malah Tariqberkata, “Jika kamu berada di tempat Julian sudah pasti kamu juga akan meminta perkara yang sama” bagi membuktikan tindakan Julian bukanlah tindakan yang mencurigakan.
Maka pulanglah Julian ke rumah bertemu isteri kesayangannya yang telah lama ditinggalkan. Oleh sebab desakan isterinya yang bimbang keselamatan Julian, akhirnya Julian terpaksa memberitahu keselamtannya terjamin bersama 12 000 orang tentera Islam. Flora lega mendengar berita itu namun Julian meminta agar berita itu dirahsiakan bagi menjamin keselamatan tentera Islam. Setelah puas bertemu dengan isterinya, Julian meminta diri untuk pulang segera kerana ingin mengintip pergerakan askar-askar Raja Roderick. Namun tidak lama selepas Julian berlalu, kelihatan Flora diheret askar-askar Gothic ke istana Raja Roderick.
Julian bergesa-gesa pulang ke kubu pertahanan tentera islam dan merayu kepada Tariq supaya menyelamatkan isterinya daripada tangan Roderick. Tariq berjanji akan menyelamatkan Flora dan meminta agar dia bertenang dan yakin dengan pembantu-pembantunya. Tariq mengarahkan Panglima Amir, Sufian, dan Malik untuk menjalankan misi itu. Dengan akur pembantu-pembantu Tariq menerima tugasan itu dan mereka menyamar menjadi rakyat Andalusia dengan Julian sebagai penunjuk jalan. Sesampainya mereka di kawasan istana kelihatan isteri Julian diseksa. Namun, Panglima Malik selaku ketua misi mengarahkan semua untuk bersembunyi dalam hutan yang berhampiran. Apabila menjelang malam dan suasana menjadi sunyi barulah mereka menjalankan misi menyelamatkan isteri Julian.
Misi untuk menyelamatkan Flora berjaya tetapi kesemua yang berlaku itu adalah helah Roderick untuk mengintip kubu pertahanan tentera Islam. Sebenarnya ketika Flora diseksa oleh askar-askar Gothic, tanpa disengajakan Flora berkata “ Tidak lama lagi kamu semua akan dibunuh oleh 12 000 orang tentera Islam” kerana terlalu marah dan tidak dapat menahan kesakitan yang ditanggung. Kerana terkejut Roderick meminta kepastian daripada Flora namun Flora tersedar bahawa dia telah membocorkan rahsia penting yang mungkin akan membahayakan nyawa suaminya dan juga tentera Islam. Lalu Flora berdiam diri tetapi sudah terlambat. Roderick mengarahkan agar Flora diseksa di khalayak ramai dan bersiap sedia untuk mengintip kawasan persembunyian Islam, kerana Roderick yakin Julian pasti meminta tolong tentera Islam untuk menyelamatkan isterinya. Dari situlah kawasan persembunyian tentera Islam dikenalpasti pengintip Roderick.
Peperangan di Andalusia
Akhirnya peperangan tercetus setelah askar-askar Gothic berjaya menjejaki kedudukan kubu Islam di Jabal Tariq. Tanpa berlengah Roderick mengarahkan askar-askarnya untuk menyerang kubu tentera Islam keesokan harinya. Dengan diketuai Panglima Goted sebagai ketua askar, peperangan antara Islam dan askar-askar Gothic tercetus. Ketika itu tentera-tentera Islam hanya bersenjatakan pedang, tombak dan anak panah manakala askar-askar Gothic pula lengkap dengan baju besinya. Walapun begitu, peperangan antara kedua-dua pihak tidak menunjukkan kemenangan atau kekalahan sehingga lewat senja. Ini menyebabkan Roderick mengarahkan askar-askarnya berundur dan kembali lagi bertempur esok pagi sebelum matahari terbit.
Ketika semua tentera Islam sedang berehat, Tariq runsing memikirkan bagaimana cara untuk menaikkan semula semangat anak-anak buahnya. Malam itu, Tariq tidak dapat melelapkan matanya kerana terlalu risau memikirkan hal tersebut. Tariq memohon bantuan Allah dan berdoa agar diberi kekuatan. Keesokan harinya setelah solat Subuh berjemaah, Tariq menyuruh pembantunya membakar kesemua kapal mereka. Ramai yang hairan dengan arahan ketua mereka dan ada yang bertanya akan keselamatan mereka kelak. Tidak kurang juga yang bertanya bagaimana mereka akan pulang selepas ini. Lalu Tariq berkata, “Lupakan hasrat kamu semua untuk pulang. Kita datang ke sini demi syahid ataupun kemenangan.”
Panglima Sufian pula bertanya, “Adakah perkara ini pernah berlaku ketika zaman Rasulullah?Memusnahkan harta dalam peperangan?”, namun dengan tenang Tariq menjawab,”Sudah lupakah kalian dengan Perang Muktah?Dalam perang itu Panglima Jaafar b.Abi Talib yang menggantikan Zaid b.Harithah yang syahid, telah membunuh kudanya dan bertempur sambil berjalan kaki sehingga beliau syahid.”(Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak mencerca perbuatan itu dan ada para ulama berpendapat tindakan itu diambil kerana dikhuatiri harta itu akan jatuh ke tangan musuh) Begitulah juga seperti kapal, tindakan itu sebenarnya untuk menaikkan kembali semangat tentera-tenteranya.
Kemudian Tariq berpidato, “Saudara-saudaraku, di belakang kita laut, di hadapan kita musuh. Demi Allah kita datang bagi syahid atau mencapai kemenangan.” Mendengar berita tentera Islam membakar kapal-kapal mereka Roderick,Goted dan askar-askar Gothic mengejek dan mentertawakan perbuatan itu. Mereka mengatakan Tariq sudah gila dan tentera-tentera Islam juga gila kerana akur dengan arahan ketua meraka yang gila. Namun di kalangan mereka ada seorang sahaja yang tidak ketawa, iaitu paderi yang paling tua di situ.
Apabila ditanyakan mengapa dia tidak ketawa oleh Roderick, paderi itu menjawab bahawa dia tidak merasakan berita itu suatu yang melucukan bahkan dia kagum dan takut mendengar berita itu. Roderick hairan dan bertanya kenapa, lalu paderi itu berkata bahawa kamu semua sepatutnya takut bukannya gembira dengan berita ini. Apabila tentera Islam membakar kapal-kapal mereka sudah tentu mereka hanya tinggal sehelai sepinggang dan mereka pasti berjuang habis-habisan untuk mencapai kemenangan.
Roderick terkejut dengan pendapat paderi itu namun dia tidak yakin dengan pendapat itu. Namun sebenarnya terdetik di hati Roderick ada benarnya kata paderinya itu. Oleh sebab itu sebelum Panglima Goted beredar dia bertanya kepada panglimanya, “Jika Tariq sanggup membakar kapal-kapalnya untuk menaikkan kembali semangat tentera-tenteranya, apa yang akan kamu lakukan untuk menghalang askar-askar kita dari lari dari medan peperangan?” Setelah berfikir sejenak Goted menjawab, “Apa kata kita rantai kaki mereka dengan rantai besi supaya mereka tidak dapat melarikan diri.” Raja Roderick berpuas hati dengan jawapan panglimanya itu.
Cahaya Islam di Bumi Andalusia
Akibat pergerakan askar Gothic yang terbatas, akhirnya tentera Islam berjaya menewaskan mereka. Tariqmengarahkan tenteranya berundur kerana yakin mampu menewaskan musuh dengan mudah tanpa mebuang tenaga iaitu dengan membakar rumput kering di mana askar Gothic berada. Ramai askar-askar Gothic terbunuh dalam kebakaran itu kerana tidak mampu untuk lari dan Raja Roderick pula membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Barbat kerana takut dan tidak mahu menyerah diri manakala Goted melarikan diri bersama askar-askarnya setelah mengetahui akan kematian raja mereka.
Dalam usaha untuk menangkap Goted, Tariq telah berjaya meluaskan pengaruh Islam sehingga ke Cordova, Malaga, Granada dan Toledo.
Setelah beberapa tahun, akhirnya perang paling sengit berlaku di Ecija di mana askar Gothic mendapat bantuan Rom dan Portugal manakala tentera Islam mendapat bantuan Musa b.Nusair yang sampai tepat pada masanya.
Peperangan itu menyebelahi tentera Islam apabila taktik Tariq mengarahkan tentera-tenteranya menukar baju bagi meyakinkan pihak musuh bahawa mereka mendapat bantuan. Kerana ketakutan Goted melarikan diri dan askar-askar Gothic menyerah diri setelah mendapat tahu ketua mereka melarikan diri.
Semangat Tariq
Walaupun sudah mencapai kemenangan Tariq tidak pernah berpuas hati kerana baginya semua tanah di bumi Allah ini berhak mendapat cahaya Islam. Oleh sebab itu, Tariq meminta izin Musa b.Nusair untuk menyebarkan Islam ke seluruh Eropah. Belum sempat Tariq belayar ke Eropah, beliau telah didatangi utusan dari Damsyik yang mengatakan khalifah di sana mengarahkannya untuk datang ke Damsyik dengan segera. Tariq yang terkenal dengan kepatuhannya kepada ketua akur dengan arahan itu.
Sebenarnya arahan itu dilakukan oleh khalifah di Damsyik setelah disogok oleh Raja-raja di Eropah. Raja-raja Eropah tahu akan kelemahan khalifah itu yang gemar akan harta-benda dan gadis-gadis cantik. Sebelum itu taktik itu telah dilakukan kepada Tariq namun tidak berjaya, namun usaha mereka mengena terhadap khalifah di Damsyik itu.
Oleh yang demikian, usaha Tariq untuk belayar ke Eropah tidak dapat dilaksanakan walaupun segala persiapan telah siap dijalankan. Manusia hanya merancang namun Allah yang menentukan. Mungkin belum masanya untuk cahaya Islam sampai ke sana. Tariq meninggal dunia tidak lama selepas sampai di Damsyik. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Keajaiban Al-Quran



Dalam keadaan marah, Umar al-Khattab menuju ke rumah adiknya. Dia mendengar dan mengamati dari luar rumah, kalimah dan ayat yang dialun begitu tersusun indah. Belum pernah didengari bait-bait seperti itu yang begitu memukau pendengaran, dengan maknanya yang mendalam membuat hati pasrah. Lalu bayu keinsafan mula menerjah, hatinya bersinar tersuluh hidayah’. 

Keajaiban al-Quran bukan sahaja terkandung pada maknanya, malah ketelitian susun atur ayatnya mengalahkan pakar bahasa dan penyair yang masyhur pada zamannya. Pernah dicuba untuk ditandingi, namun tiada hasil sehingga kini.

Sejak dahulu lagi, ancaman untuk mengatasi keunggulan al-Quran telah muncul, namun tiada hasil yang ditemui selain kehampaan yang berterusan. Era modenisasi juga tidak terkecuali daripada cubaan anasir-anasir yang tidak pernah berputus asa untuk meragut keaslian dan menconteng kemurnian khazanah al-Quran. Percubaan demi percubaan untuk mengelirukan umat Islam dengan ayat-ayat dan surah-surah palsu tidak pernah padam.

Namun, al-Quran sebagai satu mukjizat maknawi dilindungi dengan penuh keajaiban. Pasti tiada versi palsu yang berlegar di pasaran selepas penerbitan tanpa gagal dikesan.

Dari segi sejarahnya, al-Quran yang merupakan lembaran-lembaran ayat, telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun sejak Baginda mula dilantik menjadi rasul. Bermula dengan ayat dari surah al-Alaq, disusuli dengan ayat-ayat dari surah al-Muzzammil, yang menjadi watikah pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah, al-Quran tetap sebagaimana wajahnya yang asal. Yang membezakannya mungkin dari segi penampilannya sahaja. Jika dahulu ia terkandung dalam dada para sahabat, ia kemudiannya ditulis di atas pelepah pohon kayu dan kulit kambing. Inisiatif pada zaman Saidina Uthman Ibni Affan yang telah menyatukannya dalam bentuk mashaf merupakan kesinambungan ke arah memastikan mesej dakwah sampai sehingga ke generasi akhir zaman.

Tiada satu pun karangan bahkan kitab-kitab Nabi terdahulu yang dapat mengekalkan bentuknya sebagaimana versi asal, seperti ajaibnya kalamullah, al-Quran.

Menghafal keseluruhan suatu buku yang mengandungi 30 bab, atau mungkin salah satu babnya sahaja adalah mustahil bagi kebanyakan manusia. Apatah lagi untuk mencari sebilangan manusia dari pelosok benua yang berlainan, yang mampu menghafal lebih daripada 6,000 ayat yang kebanyakannya adalah dalam bukan bahasa ibunda mereka, dalam keadaan tiada berbeza antara versi seorang dengan seorang yang lain walau sedikit pun.

Logik akalnya memang begitu, namun keajaiban al-Quran membuktikan bahawa ia mampu berada dalam kotak ingatan manusia, tanpa mengira batas usia, warna kulit, merentasi sempadan bangsa dan budaya.

Keajaiban kandungannya juga tidak mampu dinafikan oleh siapa jua daripada golongan manusia yang berakal. Kemampuannya melakar dengan jelas peristiwa sejarah, menukil dengan terperinci peristiwa semasa dan membentangkan agenda yang akan berlaku pada masa hadapan cukup menakjubkan. Perjalanan hidup manusia, atau lebih tepat lagi setiap makhluk seisi alam telah diceritakan satu persatu dengan jelas bermula sejak zaman sebelum penciptaan Nabi Adam lagi sehinggalah ke destinasi terakhir pada alam yang muktamad iaitu syurga dan neraka. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kehidupan kita sudah cukup menyediakan dalil aqli yang membuktikan kebenaran ayat-ayat al-Quran. Mempelajari kisah-kisah sejarah di dalam al-Quran bukan sahaja akan memberikan kita gambaran mutiara teladan daripada sirah para Nabi yang terdahulu bahkan melakarkan dengan jelas apakah akibat yang menimpa golongan kafir dan musyrikin jika menentang perintah Ilahi. Kisah Nabi Musa yang bermusafir sambil belajar daripada Nabi Khidir menukilkan adab-adab ketika berguru, yang kebanyakannya amat praktikal jika diamalkan dalam kehidupan semasa. Contohnya, kita sewajarnya memberi perhatian yang penuh sewaktu belajar, bertanya guru pada masa yang sesuai, menilai sesuatu bukan pada zahirnya sahaja, tidak mudah jemu dan sanggup menerima teguran dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

Nilai-nilai murni yang ditunjukkan dalam banyak lagi kisah teladan para Nabi dan solihin boleh diterapkan dan amat bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan kita seharian.

Al-Quran juga tidak ketinggalan bahkan mendahului dalam perkembangan isu-isu semasa. Kepesatan pembangunan sains dan teknologi seolah-olah menyingkap rahsiarahsia al-Quran selama ini. Dalam bidang perubatan misalnya, perkembangan janin dalam uterus telah diungkapkan dengan teratur peringkat demi peringkat di dalam al-Quran walaupun penggunaan mesin pengimbas ultrabunyi belum lagi diperkenalkan.

’Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang lalu tulang belulang itu Kami bungkus daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci Allahlah, Pencipta yang paling baik’. Surah al-Mu’minuun, ayat 12-14.

Sungguhpun jelas di dalam al-Quran diterangkan tentang peringkat-peringkat kejadian manusia ini, hanya sekitar tahun 1940-an sahaja para pengkaji dalam bidang embriologi manusia berjaya mencadangkan wujudnya beberapa peringkat dalam perkembangan janin manusia. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini teori-teori itu telah diterima pakai setelah sains perubatan berjaya membuktikannya.

PenemuanIlustrasi yang padat dan jelas berkenaan peringkat hidup janin manusia itu merupakan suatu petunjuk yang tidak dapat disangkal bahawa al-Quran sememangnya keterangan yang ajaib, yang mendahului penemuan manusia secara saintifik. Hakikat ini telah diakui oleh seorang profesor dalam bidang anatomi manusia, Prof. Moore yang antaranya menyatakan bahawa keterangan secara terperinci itu pasti datangnya daripada Tuhan dan bukannya karangan manusia, yang telah menurunkannya kepada Nabi Muhammad SAW kerana sains perubatan manusia hanya dapat membuktikannya hanya beberapa abad selepas turunnya al-Quran.

Al-Quran juga telah memberi suntikan idea dalam perkembangan kajian-kajian baru sebagai contohnya penggunaan madu dalam bidang perubatan bagi menyembuhkan luka dan meningkatkan daya tahan tubuh melawan jangkitan. Aplikasi kekuatan besi dalam struktur binaan juga telah diinspirasikan melalui salah satu daripada ayat-ayat al-Quran, sebagaiamana firman Allah SWT dalam surah al-Hadid ayat 25 yang bermaksud :

’Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai-bagai manfaat bagi manusia…’

Selain itu, penerangan al-Quran tentang peredaran bulan dan matahari telah dijadikan sebagai asas perkiraan masa untuk kalendar yang digunakan sehingga ke hari ini. Ilmu astronomi, yang suatu masa dahulu dipelopori oleh ilmuwan Islam sebenarnya berputik daripada rasa ingin tahu yang tercetus hasil penerangan-penerangan tentang angkasa lepas di dalam al-Quran. Tidak terbatas pada teori-teori sahaja, cetusan idea daripada ayat al-Quran telah memberi banyak ilham dan motivasi kepada para pengkaji untuk mencuba kaedah atau penciptaan baru. Tidak mustahil jika dinyatakan bahawa idea untuk mencipta bom mungkin diambil daripada peristiwa burung ababil yang melontarkan batu-batu api ke atas tentera bergajah Abrahah dan reka bentuk terowong dasar laut diambil daripada peristiwa Nabi Musa a.s. membelah laut.

Proses kejadian alam yang lain seperti hujan dan kemarau, pertemuan laut dan sungai, kitar hidup tumbuh-tumbuhan dan perumpamaan melibatkan haiwan bermula daripada sekecil-kecil nyamuk dan semut sehinggalah kepada lembu dan keldai cukup menakjubkan dan cukup jumlahnya untuk mengetuk hati yang tulus ikhlas menerima hidayah.

Berdasarkan penjelasan mengenai peristiwa sejarah serta kesahihan pembuktian peristiwa semasa, amat wajarlah kita meyakini akan ramalan-ramalan atau lebih tepat lagi petunjuk awal yang diceritakan berkenaan dengan peristiwa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Sesungguhnya al-Quran sarat dengan seribu satu keajaiban dan hanya keterbatasan akal manusia yang cetek sahaja membuatkan hanya sedikit daripada mutiara ilmunya yang dapat dicungkil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...