Pages

Subscribe:

Fakta Menarik Mengenai Negara Jepun




1 - Adakah anda tahu bahawa kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari bagi suku jam dengan guru, yang membawa kepada kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan berminat kebersihan.

2 - Adakah anda tahu bahawa mana-mana warganegara Jepun yang mempunyai anjing perlu membawa beg dan beg khas untuk mengambil najis anjing. Kebersihan diri dan kesungguhan mereka untuk menangani kebersihan adalah sebahagian etika Jepun.

3 - Adakah anda tahu bahawa pekerja kebersihan di Jepun dipanggil "kesihatan jurutera" dan boleh perintah gaji USD 5000 kepada 8000 sebulan, dan bersih adalah tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan!

4 - Tahukah anda bahawa Jepun tidak mempunyai sebarang sumber asli, dan mereka terdedah kepada ratusan gempa bumi tahun tetapi tidak menghalang beliau daripada menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia? -

5 - Adakah anda tahu bahawa Hiroshima kembali kepada apa yang ia adalah ekonomi yang bertenaga sebelum kejatuhan bom atom dalam hanya sepuluh tahun?

6 - Adakah anda tahu bahawa Jepun menghalang penggunaan mudah alih dalam keretapi, restoran dan dalaman

7 - Tahukah anda bahawa di Jepun pelajar dari yang pertama untuk tahun utama 6 mesti belajar etika dalam berurusan dengan orang -

8 - Adakah anda tahu bahawa Jepun walaupun salah satu orang terkaya di dunia tetapi mereka tidak mempunyai hamba-hamba. Ibu bapa bertanggungjawab untuk rumah dan kanak-kanak -

9 - Adakah anda tahu bahawa tidak ada pemeriksaan dari yang pertama ke tahap ketiga utama; kerana matlamat pendidikan adalah untuk memupuk konsep dan bangunan watak, bukan hanya peperiksaan dan indoktrinasi. -

10 - Adakah anda tahu bahawa jika anda pergi ke restoran bufet di Jepun, anda akan melihat orang hanya makan seberapa banyak yang mereka perlukan tanpa apa-apa sisa. Tiada makanan membazir.

11 - Adakah anda tahu bahawa kadar keretapi tertangguh di Jepun adalah kira-kira 7 saat setiap tahun! Mereka menghargai nilai masa, sangat menepati masa minit dan saat

12 -. Adakah anda tahu bahawa kanak-kanak di sekolah-sekolah berus gigi mereka (steril) dan membersihkan gigi mereka selepas makan di sebuah sekolah; Mereka mengekalkan kesihatan mereka dari usia yang awal -

13 - Adakah anda tahu bahawa pelajar mengambil masa setengah jam untuk menghabiskan makanan mereka untuk memastikan penghadaman yang betul Apabila ditanya mengenai kebimbangan ini, mereka berkata: Ini pelajar masa depan Jepun.

Pengambilan Makanan Cara Rasulullah



JENIS MAKANAN


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit.


Diet Rasullulah saw menyebabkan beliau Rasullulah saw tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya-Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


  • Jangan makan SUSU bersama DAGING 
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN 
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU 
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU 
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR 
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD 
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA 
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL


CARA MAKAN


  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. 
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. 
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL UNTUK MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL UNTUK MAKAN MALAM  DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. (maksudnya, jangan makan malam)


Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.  Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.



Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain: 

  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  • Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya-Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit). 
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Tafakur sesaat seperti 70 tahun ibadah nilainya.
  • Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut. 
  • Nabi SAW juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan


SUNAH CARA MAKAN MENURUT NABI SAW :
  • Makan garam secuil (sikit dihujung jari kelingking) sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa senduk. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makananyang menunggu.
  • Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan. Dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan, meskipun tangan tersebut bekas kuah.
  • Duduk dibawah, bukan di bangku dan dimulai dari pinggir dan terakhir ketengah. Baik sekali makan berjemaah bersama keluarga, maupun teman. Seperti ketika haji atau buka puasa bersama di Masjid dalam satu talam boleh untuk empat orang.
  • Jangan sisakan sebutir nasipun, kerana nasi ini berzikir.

"Tujuh Perempuan Bertanya", "Seorang Lelaki Menjawab"


Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menantimu.
Sumber : http://www.myberita.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...