Pages

Subscribe:

Misteri Lohong Hitam Tanda Kekuasaan-Nya



Ruang angkasa lepas adalah ciptaan Allah yang sangat luas, lebih luas dari bumi kita, ia lebih besar berjuta-juta kali ganda dari pemikiran kita. Sebenarnya banyak misteri yang belum terungkai dan terus menerus manjadi misteri.Pada entry kali ini kita akan cuba sedikit sebanyak mengupas misteri alam iaitu kejadian Lohong Hitam atau lebih dikenali Black Hole ., Wallahuallam.
Lohong hitam?? 
Lohong hitam atau lubang gelap adalah tumpuan jisim dengan medan graviti yang sungguh kuat hinggakan halaju lepasan berhampiran dengan lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Ini membayangkan bahawa tiada sesuatu bendapun, termasuk cahaya, mampu melepasi gravitinya, dengan itu istilah "hitam/gelap". Istilah "lubang gelap" digunakan secara meluas, walaupun teori itu tidak merujuk kepada sebarang lubang dalam bentuk biasa.

Lohong hitam dijangka oleh teori kerelatifan am. Menurut teori ini, tiada jisim atau maklumat boleh mengalir dari dalam lohong hitam kepada pemerhati yang berada di luar (contohnya, seseorang tidak dapat membawa keluar jisimnya, atau menerima pantulan balik dengan menyinari sumber cahaya seperti lampu suluh, atau mengambil sebarang maklumat mengenai bahan yang masuk ke dalam lubang gelap), walaupunmekanik kuantum mungkin membenarkan pengecualian dari hukum yang tegas ini. Kewujudan lohong hitam dalam alam ini disokong secara teori dan pemerhatian astronomi, walau bagaimanapun, sebahagian kecil pakar fizik tidak bersetuju.


Lohong hitam yang sangat misteri.
Ia cukup besar untuk ‘menelan’ seluruh sistem solar Bima Sakti dan 6.8 bilion kali ganda lebih berat daripada matahari. Lohong hitam yang terletak di galaksi M87 itu adalah yang terbesar pernah ditemui dan mempunyai diameter empat kali lebih besar berbanding orbit planet Neptune.
Saintis menggunakan teleskop khas di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat bagi memerhatikan fenomena menakjubkan itu dan mendapati lohong hitam tersebut adalah dua kali lebih berat daripada sangkaan awal.
Sejarah
Konsep sesuatu benda yang amat besar sehinggakan cahaya sekalipun tidak mampu bebas darinya telah dikemukakan oleh pakar geologi Inggeris John Michell dalam kertas kerja 1783 yang dihantar kepada Royal Society. Pada masa itu, teori graviti Newtonian dan konsep halaju lepasan diketahui dengan jelas. Michell membuat pengiraan bahawa benda sebesar 500 kali jejari matahari dan kepadatan yang sama pada permukaannya laju bebas menyamai kelajuan cahaya, dan dengan itu adalah ghaib. Dalam katanya:
If the semi-diameter of a sphere of the same density as the Sun in the proportion of five hundred to one, and by supposing light to be attracted by the same force in proportion to its mass with other bodies, all light emitted from such a body would be made to return towards it, by its own proper gravity.
Walaupun dia tidak fikir begitu, Michell mempertimbangkan kemungkinannya terdapat banyak objek sebegitu mampu wujud dalam kosmos tanpa kita berupaya melihatnya.
Pada 1796, ahli matematik Perancis, Pierre-Simon Laplace mempromosikan idea yang sama dalam edisi pertama dan kedua bukunya Exposition du Systeme du Monde, tetapi tidak dalam edisi seterusnya. Idea ini tidak mendapat sambutan pada kurun ke-19, kerana cahaya pada masa itu dianggap merupakan gelombang yang tidak mempunyai jisim, jadi tidak dipengaruhi oleh graviti.Tapi hanya Allah saja yang tahu semuanya.

Bagaimana ia terbentuk??
Penyelidik berpendapat, lubang gergasi itu terbentuk akibat penggabungan ratusan lohong hitam kecil. Sebagai perbandingan, lohong hitam yang terdapat di tengah-tengah galaksi Bima Sakti, di mana bumi terletak, adalah 1,000 kali lebih kecil.
Lohong hitam ialah satu kawasan di angkasa yang ‘menyedut’ semua objek lain termasuk cahaya. Para saintis telah menggelarkannya ia satu benda hidup, iaitu makhluk raksaksa vacuum hitam.

0 000:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...